Kunjungan Usahwan Kota ke Tapak Pembenihan Udang Galah, Chalet & Kerisik

Hari ini 20 Nov 2009 adalah hari kemuncak aktiviti GEW PID Tanjung Kling. Aktiviti bermula dengan seminar mengenai udang galah yang diternak oleh usahawan PID Tanjung Kling. Seminar di sampaikan oleh En. Shiful Aswan bermula jamm 9.00pagi - 11.00 pagi. Selepas seminar diadakan, para usahawan akan dibawa melawat ke tapak penternakan udang galah dan perusahaan chalet. Gambar di bawah menunjukkan ketibaan para usahawan dari PID Kota, Negeri Sembilan seramai 15 orang. Ketibaan mereka disambut oleh Penolong Pengurus PID iaitu Puan Zamila Omar @ Mohammad beserta dengan usahawan KUSPID-TK seramai 15 orang.


Objektif:-

1. Lawatan Dari PID Kota, Negeri Sembilan ke PID Tg. Kling, Melaka

Mendedahkan peserta tentang perusahaan yang dilakukan oleh usahawan KUSPID-TK.

2. Seminar Udang Galah

Usahawan dari PID Tanjung Kling memberi penerangan tentang penternakan udang galah. Segala maklumat mengenai udang galah dikongsi dengan usahawan dari PID Kota dan PID Tanjung Kling.


3. Lawatan Ke Tapak Pembenihan Udang Galah

Mendedahkan peserta bagaimana cara menternak udang galah dan cara menjaganya. Juga mendapat maklumat bagaimana memulakan perusahaan ini.

4. Lawatan Ke Tapak Chalet
Mendedahkan peserta bagaimana cara menguruskan chalet. Juga mendapat maklumat bagaimana memulakan perusahaan ini.







Seminar mengenai Penternakan Udang Galah oleh En. Shiful Aswan.



Lawatan ke tapak penternakan udang galah yang diusahakan oleh En. Shiful Aswan secara kecil dikawasan rumahnya. Ramai diantara usahawan berminat dengan penerangan En. Shiful Aswan.



Selepas melawat tapak penternakan udang galah, usahawan di bawa ke Lereh River Resort iaitu chalet yang diusahakan oleh usahawan PID Tg. Kling. Di sini dapat berkongsi pengalaman bagaimana mengendalikan chalet yang diusahakan oleh Pn. Hjh. Maimunah.






Selepas penat mengadakan lawatan, para peserta berehat sambil menikmati juadah tengahari di kawasan chalet Pn. hjh. Maimunah. Sambil makan, para usahawan bercerita mengenai pengalaman masing-masing.




Sebelum pulang, Penolong Pengurus PID Tanjung Kling menyampaikan cenderahati kepada peserta yang telah sudi menyertai minggu GEW ini. Di harap penyertaan pada masa akan datang lebih menggalakkan.



Penolong Pengurus PID Tg. Kling, Pn. Zamila Omar @ Mohammad menyampaikan cenderahati kepada Penolong Pengurus PID Kota, Puan Nor Azimah Mohd Yunus sebagai kenangan melawat PID kami.


Penolong Pengurus PID Tanjung Kling juga menerima cenderahati daripada PID Kota sebagai kenangan.

0 comments: