Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Lawatan Ke PID Kota Bersama Usahawan PID Tanjung Kling

Hari ini adalah 19 Disember 2009. Aktiviti untuk hari ini ada empat iaitu melawat PID Kota dengan sesi berkenal mesra dan bertukar pendapat (sharing) dengan usahawan PID Kota, lawatan ke tapak penternakan ikan air tawar seperti siakap dan keli, lawatan ke tapak perusahaan bahulu dan tempeyek serta lawatan ke bengkel membuat kerisik. Gambar dibawah menunjukkan ketibaan para usahawan dari PID Tanjung Kling , Melaka pada jam 9.45 pagi dan jumlah peserta adalah seramai 15 orang ke PID Kota, Negeri Sembilan.

Objektif:-

1. Lawatan Ke PID Kota, Negeri Sembilan (Sharing)

Membawa usahawan ke PID Kota Negeri Sembilan untuk berkenal mesra dan berkongsi pendapat dan bertukar-tukar buah fikiran (sharing). Selain itu, aktiviti ini dapat membkina rangkaian niaga dan rangkaian sosial (network).

2. Lawatan Ke Tapak Penternakan Air Tawar (Keli&Siakap) - PID Kota

Mendedahkan peserta dengan cara kerja sebenar bagaimana menternak ikan air tawar. Selain itu, dapat berkongsi dan bertukar pendapat (sharing) tentang ilmu penternakan ikan air tawar. Pendedahan tentang memulakan penternakan juga dapat ditimba bersama.

3. Lawatan Ke Tapak Pembuatan Bahulu & Tempeyek - PID Kota
Mendedahkan peserta dengan cara kerja sebenar tentang pembuatan kuih-kuih tradisional. Berkongsi pendapat serta (sharing) tentang ilmu pembuatan kuih tradisional ini dan mendapat tunjuk ajar bagaimana memulakan perniagaan ini.

4. Lawatan Ke Bengkel Kerisik - PID Tanjung Kling
Selepas pulang dari PID Kota, Negeri Sembilan, Penolong Pengurus membawa peserta/usahawan dari PID Tanjung Kling sahaja untuk melawat bengkel kerisik. Di sini dapat di lihat bagaimana cara kerja sebenar cara membuat kerisik. Selain itu, juga dapat berkongsi pendapat (sharing) serta pengetahuan bagaimana memulakan perniagaan yang mudah ini.







Sesi berkenal mesra dan bertukar pendapat dimulakan. Dari jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 pagi.







Lawatan ke tapak penternakan ikan air tawar (siakap & keli). Terlalu banyak maklumat yang dapat dikongsi bersama peserta.














Selepas itu, kami dibawa ke tempat perusahaan bahulu dan tempeyek yang diusahakan oleh usahawan PID Kota, Negeri Sembilan. Sesi lawatan bermula jam 12.30 hingga 1.15 petang. Selepas makan tengahari, kami bertolak balik ke Melaka dan akan menyambung aktiviti melawat bengkel kerisik jam 3.00 petang.






Tepat jam 3.00 petang, lawatan ke bengkel perusahaan kerisik diadakan di rumah usahawan PID Tanjung Kling iaitu Pn. Norazidah. Beliau menerangkan bagaimana bermulanya cara membuat kerisik sehinggalah ke pembungkusan dan pemasaran. Sedikit maklumat yang diberikan memberi semangat kepada usahawan yang baru menjejakkan kaki ke dunia usahawan. Perusahaan yang dijalankan adalah secara kecil-kecilan. Peserta yang hadir hanyalah terdiri daripada usahawan PID Tanjung Kling seramai 15 orang. Kami bersurai jam 4.30 petang.