Mesyuarat KUSPID-TK kali ke 3

Syukur kerana kami pihak PID Tg. Kling berjaya mengadakan mesyuarat kuspid-tk kali ke-3 walaupun mempunyai kekangan masa yang melampau. Mesyuarat ini diadakan pada 24 April 2009, jam 3.00 petang bertempat di Pusat Internet Desa Tanjung Kling. Antara agenda mesyuarat yang ditekankan ialah perbincangan tentang aktiviti untuk ahli kelab kuspid-tk sepanjang tahun 2009. Mesyuarat tamat jam 5.30 petang.



PID Tanjung Kling & KUSPID-TK terus mendapat liputan di dada akhbar

Tidak disangka-sangka, berita mengenai salah seorang usahawan kuspid-tk terus mendapat perhatian daripada akhbar Sinar Harian. Baru-baru ini, muncul berita mengenai tentang usahawan kuspid-tk, En. Ab. Ghanny b. Ahmad tentang kursus-kursus yang ditawarkan. Berita yang muatkan dalam akhbar Sinar Harian itu bertarikh 17 Januari 2008.. Berikut adalah keratan akhar tersebut..


En. Ab. Ghanny b. Ahmad salah seorang usahawan yang dilahirkan melalui kuspid-tk dan sekarang sudah membuka beberapa buah kelas Bahasa Inggeris dan Arab. Beliau mampu menjana pendapatan setiap bulan melalui kuspid-tk..


Ini merupakan testimoni (Success Story ) daripada En. Ab. Ghanny Bin Ahmad.

"Usaha saya berjaya melalui

Kelab Usahawan Sosial"


"Saya menyertai Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa Tanjung Kling. Melaka pada hari pertama saya datang ke pusat internet ini untuk menaip sepucuk surat. Saya memeberitahu saya sering menggunakan kemudahan PID sewaktu tinggal di Kedah. Sekarang saya sedang berusaha menubuh-kan sebuah Pusat Bahasa di Melaka untuk mengajar Bahasa Inggeris dan Arab di kalangan belia yang ingin menambah pengetahuan mereka.


Mendengar perkara ini, seorang kakitngan PID Melaka mencadangkan supaya saya menjadi ahli PID dan juga menyertai Kelab Usahawan Sosial yang baru saja ditubuhkan di sini. Melalu kelab ini mungkin juga banyak idea dapat dikongsi bersama dan memudahkan saya merealisasi-kan rencangan tadi. Maka saya tidak bertangguh lagi, terus saja mengisi borang, menjadi ahli Kelab Usahawan Sosial (KUS) Pusat Internet Desa Tanjung Kling, Melaka.


Sejak itu, hampir tiap hari saya berada di Pusat Internet ini sekurang-kurangnya selama satu jam untuk belajar menggunakan komputer dan internet disamping bertukar fikiran dengan ahli-ahli KUS-PID yang lain dan mengatur promosi bagi kelas bahasa yang saya rancangkan.


Memang diluar dugaan, usaha saya sedikit demi sedikit menampakkan bunga-bunga kejayaan. Berkat bantuan kakitangan PID dan ahli-ahli KUSPID-TK yang lain saya telah dapat membuka beberapa buah kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dalam Bandaraya Melaka yang penuh mencabar.


Saya mengajar Bahasa Inggeris untuk kalangan pelajar di bawah program yang saya namakan Kursus Inggeris Akademik (Academic English) dan kursus untuk kalangan lepasan sekolah atau pekerja di bawah program Kusus Inggeris Profesional (Professional English). Selain itu saya juga mengajar bahasa Arab kepada mereka yang berminat dengan hasasa Arab. Kebanyakan peserta kursus bahasa Arab adalah golongan wanita dewasa. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PID Tg.Kling diatas tunjuk ajar dan bimbingan mereka kepada saya dalam hal ICT dan keusahawanan."

" Ahli PID Tanjong Kling No. 1981"

Liputan media sempena Hari Bersama Pelanggan Bersama Jabatan K-ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

PID Tanjung Kling dan kuspid-tk mendapat liputan media lagi..seronok sungguh rasanya dapat mempromosi usahawan kuspid-tk supaya mereka terus mendapat sokongan moral PID dan kuspid-tk untuk terus berjaya. Liputan daripada akhbar Melaka Hari Ini (MHI) pada 12 Disember 2008 dan daripada akhbar Sinar Harian pada 13 Disember 2008. Berikut adalah keratan akhbar tersebut...

Liputan dari akhbar Melaka Hari Ini (MHI) pada 12 Disember 2008.


Liputan Sinar Harian Pada 13 Disember 2008.

Karnival Hari Bersama Pelanggan Bersama K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

Pihak Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling mendapat jemputan untuk menyertai Karnival Hari Bersama Pelanggan Bersama K-ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka pada 11 Disember 2008 bagi mempromosikan PID sendiri disamping itu sekaligus dapat mempromosikan kuspid-tk ini...seronok juga menyertai karnival ini sebab semuanya ditanggung..peluang sebegini tidak sesekali boleh dilepaskan kerana pihak kami memang memerlukan peluang sebegini untuk dijadikan platform untuk terus membantu para usahawan mempromosikan produk masing-masing. Saya juga sempat membawa seorang usahawan kuspid-tk iaitu En. Ab. Ghanny di mana beliau merupakan seorang yang sangat komited tentang kursus-kursus yang diadakan untuk para pelajar dan juga golongan yang sudah bekerja. Beliau mendapat sokongan padu daripada pihak PID untuk membuka kelas Bahasa Inggeris dan Arab..Saya tidak sempat untuk menghebahkan kepada semua usahawan kuspid-tk yang lain kerana penyertaan karnival ini juga adalah disaat-saat akhir. Banner pun tak sempat nak tempah cuma bawa apa yang ada sahaja. Berikut adalah gambar ketika karnival tersebut...

Pengarah K-ekonomi memberi sedikit ceramah pada hari tersebut.



Penolong Penyelia mendapat penghargaan daripada Jabatan K-ekonomi kerana sudi menyertai karnival tersebut daripada Pengarah Jabatan K-ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Usahawan yang dibawa oleh kuspid-tk bagi mempromosikan kursus-kursus yang dianjurkan.






Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling mendapat liputan media

Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling mendapat liputan media daripada Sinar Harian dan Melaka Hari Ini (MHI) sebaik sahaja tamat majlis tersebut . Sebelum majlis bermula lagi, penghebahan tentang Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling juga telah diuar-uarkjan melalui Utusan Malaysia yang bertarikh 19 November 2008. Berikut adalah keratan media yang terbabit :-

Penghebahan tentang Majlis Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial PID Tanjung Kling daripada akhbar Utusan Malaysia pada 19 November 2008.

Liputan media tentang Majlis Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial PID Tanjung Kling daripada akhbar Melaka Hari Ini (MHI) pada 24 November 2008 (1).
Liputan media tentang Majlis Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial PID Tanjung Kling daripada akhbar Melaka Hari Ini (MHI) pada 24 November 2008 (2).

Liputan media tentang Majlis Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial PID Tanjung Kling daripada akhbar Sinar Harian pada 24 November 2008.

Hari Internet Desa Bersama Komuniti & pelancaran Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling

Terlebih dahulu mohon kemaafan kerana terlalu lewat untuk saya memasukkan gambar-gambar sekitar Hari Internet Desa Bersama Komuniti & pelancaran Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling yang telah di adakan pada 22 November 2008 (Sabtu). Sungguh meriah majlis ini kerana mendapat respon yang sangat baik dan positif dari warga Tanjung Kling. Majlis ini diadakan dengan penajaan penuh dari Pejabat Pembangunan Negeri Melaka dan telah dirasmikan oleh Datuk Yb Ab Rahaman bin Ab Karim selaku ADUN Pantai Kundur. Wakil pegawai yang datang adalah dari PPN Melaka, Wakil Pos Negeri Melaka dan Wakil Pegawai Daerah Melaka Tengah. Majlis ini juga turut diraikan oleh wakil KTAK iaitu En. Amin bin Esa (SUB BTM/JD - Bersara) serta isteri, En. Shamsul serta isteri, Pn. Waznati, Cik Faezah dan En. Khairil. Begitu juga staf PID yang sanggup turun padang untuk membantu melancarkan majlis ini iaitu Pn. Aznita (PID Kuala Besut), Cik Rohiza (PID Kuala Balah) dan Cik Suriyati (PID Marang). Jasa kalian takkan ku lupakan. Terima kasih juga kepada Roszila dan Suhamdy dari PID Pagoh kerana membawa gerombolan seramai satu bas bagi meramaikan lagi serta memeriahkan majlis ini. Begitu juga staf Warisan Global iaitu Zana, mouqe dan Abe yang turun padang untuk membuat liputan serta membantu mana yang perlu. Berikut adalah gambar sekitar majlis Hari Internet Desa Bersama Komuniti & pelancaran Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling.