Perjumpaan Pihak Warisan Global bersama AJK KUSPID-tk & AJK PID


Syukur allhamdulillah kerana perjumpaan antara pihak Warisan Global iaitu Puan Laila, Kak Zana, Ash dan Mouqe dengan AJK KUSPID-TK & AJK PID berjalan dengan lancar. Perjumpaan ini telah diadakan di dalam PID Tanjung Kling pada 14 Okotber 2008 jam 3.30 petang. Semua ajk mendapat maklumat yang lebih jelas tentang KUSPID-TK. Selepas ini semoga KUSPID-TK terus maju dan maju....


Sesi penerangan yang dibuat oleh Puan Laila dari Warisan Global...
































































































Aktiviti Van Diagram yang dilakukan bersama AJK KUSPID-TK & AJK PID















































































Sesi Menjamu Selera!!!.. Terima kasih kepada semua AJK KUSPID-TK yang sudi menaja
makanan untuk majlis kali ini. Semua makanan tu sedap-sedap belaka...















































































Kenangan Bersama Wakil Warisan Global dan AJK KUSPID-TK & AJK PID. AJK yang ada tinggal ini aje sebab ramai yang dah balik awal. ada emergency........

AKtiviti Pohon Masalah


Aktiviti Pohon Masalah ini telah diadakan di dalam PID Tanjung Kling bersama-sama Belia Tanjung Kling. Aktiviti ini dilakukan bagi mengenal masalah komuniti setempat dan mengetahui punca dan jalan penyelesaian masalah. Ia telah diadakan pada 4 Julai 2008. Setelah mengadakan aktiviti ini, Belia Tanjung Kling lebih memahami dan jelas konsep Pohon Masalah...Kami melakukan aktiviti ini secara bersama-sama dan kami merasa puas dan yang paling penting ialah memahami aktiviti ini...























Mesyuarat Kali Ke-2 KUSPID-TK

Alhamdulillah, mesyuarat kali ke-2 selamat diadakan pada 19 September 2008 bagi tujuan penghebahan kedatangan wakil Warisan Global (perunding) ke Pusat Internet Desa Tanjung Kling pada 13 Oktober 2008 (isnin) jam 3.00 petang. Selain itu, penyerahan surat perlantikan AJK KUSPID-TK juga diadakan. Gambar-gambar ketika mesyuarat diadakan.










Mesyuarat Pertama kuspid-tk

Mesyuarat ini telah diadakan pada 4 Julai 2008 dalam membentuk jawatankuasa kuspid-tk. Semua jawatankuasa yang datang memberikan kerjasama yang sepenuhnya terhadap penubuhan kuspid-tk ini dalam memajukan masyarakat kampung.

*p/s:- Harap maaf gambar tidak dapat disiarkan kerana terdapat masalah teknikal.

Pengenalan

Kelab Usahawan Sosial merupakan sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan sosial dengan sokongan Pusat Internet Desa (PID).

Objektif
1. Sebagai sebuah tempat untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial
2. Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial
3. Melahirkan usahawan-usahawan sosial

Kumpulan Sasaran
1. Pengguna PID
2. Usahawan sedia ada (bertindak sebagai mentor)
3. Sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan

Perkhidmatan KUSTAK
1. Khidmat penyediaan proposal pinjaman (Bussiness Plan)
2. Membangunkan laman web & blog untuk ahli yang sudah mempunyai perniagaan untuk tujuan promosi
3. Mengambil tempahan untuk mereka bentuk kad perniagaaan
4. Mereka bentuk logo & label pembungkusan bagi usahawan yang sedia ada atau yang baru bermula

Faedah Sebagai Ahli KUSTAK
1. Rangkaian kerjasama Kelab Usahawan Sosial di 40 PID seluruh Malaysia
2. Diskaun untuk penggunaan kemudahan & fasiliti di PID
3. Mendapatkan khidmat nasihat serta bertukar pendapat sesama ahli kuspid

Carta Organisasi


Promosi KUSTAK
1. Flyers/Risalah - Menyebarkan flyers ketika program atau sesuatu acara dijalankan
2. Secara Lisan - Menerangkan secara teperinci kepada orang ramai yang datang ke PID
3. Mulut ke Mulut - Hebahan dari mulut ke mulut sesama mereka
4. Laman Web & Blog - Hebahan melalui internet