GEW mendapat liputan di Melaka Hari Ini pula. Berita ini telah keluar pada 29 November 2009 (Ahad). Di bawah adalah keratan berita aktiviti tersebut.
FAKTA PENTING :- i) 11 Aktiviti telah diadakan sepanjang minggu GEW (sepatutnya 13 aktiviti) ii) Tarikh aktiviti adalah 16-22 Nov 2009 iii) Bertempat di Balairaya Tanjung Kling iv) Usahasama dengan Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka v) Lawatan ke PID Kota, Negeri Sembilan - Pembuatan kuih Bahulu & Ikan Air Tawar
Tidak disangka-sangka, berita mengenai salah seorang usahawan kuspid-tk terus mendapat perhatian daripada akhbar Sinar Harian. Baru-baru ini, muncul berita mengenai tentang usahawan kuspid-tk, En. Ab. Ghanny b. Ahmad tentang kursus-kursus yang ditawarkan. Berita yang muatkan dalam akhbar Sinar Harian itu bertarikh 17 Januari 2008.. Berikut adalah keratan akhar tersebut..
En. Ab. Ghanny b. Ahmad salah seorang usahawan yang dilahirkan melalui kuspid-tk dan sekarang sudah membuka beberapa buah kelas Bahasa Inggeris dan Arab. Beliau mampu menjana pendapatan setiap bulan melalui kuspid-tk..
Ini merupakan testimoni (Success Story ) daripada En. Ab. Ghanny Bin Ahmad.
"Usaha saya berjaya melalui
Kelab Usahawan Sosial"
"Saya menyertai Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa Tanjung Kling. Melaka pada hari pertama saya datang ke pusat internet ini untuk menaip sepucuk surat. Saya memeberitahu saya sering menggunakan kemudahan PID sewaktu tinggal di Kedah. Sekarang saya sedang berusaha menubuh-kan sebuah Pusat Bahasa di Melaka untuk mengajar Bahasa Inggeris dan Arab di kalangan belia yang ingin menambah pengetahuan mereka.
Mendengar perkara ini, seorang kakitngan PID Melaka mencadangkan supaya saya menjadi ahli PID dan juga menyertai Kelab Usahawan Sosial yang baru saja ditubuhkan di sini. Melalu kelab ini mungkin juga banyak idea dapat dikongsi bersama dan memudahkan saya merealisasi-kan rencangan tadi. Maka saya tidak bertangguh lagi, terus saja mengisi borang, menjadi ahli Kelab Usahawan Sosial (KUS) Pusat Internet Desa Tanjung Kling, Melaka.
Sejak itu, hampir tiap hari saya berada di Pusat Internet ini sekurang-kurangnya selama satu jam untuk belajar menggunakan komputer dan internet disamping bertukar fikiran dengan ahli-ahli KUS-PID yang lain dan mengatur promosi bagi kelas bahasa yang saya rancangkan.
Memang diluar dugaan, usaha saya sedikit demi sedikit menampakkan bunga-bunga kejayaan. Berkat bantuan kakitangan PID dan ahli-ahli KUSPID-TK yang lain saya telah dapat membuka beberapa buah kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dalam Bandaraya Melaka yang penuh mencabar.
Saya mengajar Bahasa Inggeris untuk kalangan pelajar di bawah program yang saya namakan Kursus Inggeris Akademik (Academic English) dan kursus untuk kalangan lepasan sekolah atau pekerja di bawah program Kusus Inggeris Profesional (Professional English). Selain itu saya juga mengajar bahasa Arab kepada mereka yang berminat dengan hasasa Arab. Kebanyakan peserta kursus bahasa Arab adalah golongan wanita dewasa. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PID Tg.Kling diatas tunjuk ajar dan bimbingan mereka kepada saya dalam hal ICT dan keusahawanan."
PID Tanjung Kling dan kuspid-tk mendapat liputan media lagi..seronok sungguh rasanya dapat mempromosi usahawan kuspid-tk supaya mereka terus mendapat sokongan moral PID dan kuspid-tk untuk terus berjaya. Liputan daripada akhbar Melaka Hari Ini (MHI) pada 12 Disember 2008 dan daripada akhbar Sinar Harian pada 13 Disember 2008. Berikut adalah keratan akhbar tersebut...
Liputan dari akhbar Melaka Hari Ini (MHI) pada 12 Disember 2008.
Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling mendapat liputan media daripada Sinar Harian dan Melaka Hari Ini (MHI) sebaik sahaja tamat majlis tersebut . Sebelum majlis bermula lagi, penghebahan tentang Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling juga telah diuar-uarkjan melalui Utusan Malaysia yang bertarikh 19 November 2008. Berikut adalah keratan media yang terbabit :-
Penghebahan tentang Majlis Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial PID Tanjung Kling daripada akhbar Utusan Malaysia pada 19 November 2008.
Liputan media tentang Majlis Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial PID Tanjung Kling daripada akhbar Melaka Hari Ini (MHI) pada 24 November 2008 (1). Liputan media tentang Majlis Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial PID Tanjung Kling daripada akhbar Melaka Hari Ini (MHI) pada 24 November 2008 (2). Liputan media tentang Majlis Hari Internet Desa Bersama Komuniti & Pelancaran Kelab Usahawan Sosial PID Tanjung Kling daripada akhbar Sinar Harian pada 24 November 2008.