Perjumpaan Pihak Warisan Global bersama AJK KUSPID-tk & AJK PID


Syukur allhamdulillah kerana perjumpaan antara pihak Warisan Global iaitu Puan Laila, Kak Zana, Ash dan Mouqe dengan AJK KUSPID-TK & AJK PID berjalan dengan lancar. Perjumpaan ini telah diadakan di dalam PID Tanjung Kling pada 14 Okotber 2008 jam 3.30 petang. Semua ajk mendapat maklumat yang lebih jelas tentang KUSPID-TK. Selepas ini semoga KUSPID-TK terus maju dan maju....


Sesi penerangan yang dibuat oleh Puan Laila dari Warisan Global...
































































































Aktiviti Van Diagram yang dilakukan bersama AJK KUSPID-TK & AJK PID















































































Sesi Menjamu Selera!!!.. Terima kasih kepada semua AJK KUSPID-TK yang sudi menaja
makanan untuk majlis kali ini. Semua makanan tu sedap-sedap belaka...















































































Kenangan Bersama Wakil Warisan Global dan AJK KUSPID-TK & AJK PID. AJK yang ada tinggal ini aje sebab ramai yang dah balik awal. ada emergency........

AKtiviti Pohon Masalah


Aktiviti Pohon Masalah ini telah diadakan di dalam PID Tanjung Kling bersama-sama Belia Tanjung Kling. Aktiviti ini dilakukan bagi mengenal masalah komuniti setempat dan mengetahui punca dan jalan penyelesaian masalah. Ia telah diadakan pada 4 Julai 2008. Setelah mengadakan aktiviti ini, Belia Tanjung Kling lebih memahami dan jelas konsep Pohon Masalah...Kami melakukan aktiviti ini secara bersama-sama dan kami merasa puas dan yang paling penting ialah memahami aktiviti ini...























Mesyuarat Kali Ke-2 KUSPID-TK

Alhamdulillah, mesyuarat kali ke-2 selamat diadakan pada 19 September 2008 bagi tujuan penghebahan kedatangan wakil Warisan Global (perunding) ke Pusat Internet Desa Tanjung Kling pada 13 Oktober 2008 (isnin) jam 3.00 petang. Selain itu, penyerahan surat perlantikan AJK KUSPID-TK juga diadakan. Gambar-gambar ketika mesyuarat diadakan.










Mesyuarat Pertama kuspid-tk

Mesyuarat ini telah diadakan pada 4 Julai 2008 dalam membentuk jawatankuasa kuspid-tk. Semua jawatankuasa yang datang memberikan kerjasama yang sepenuhnya terhadap penubuhan kuspid-tk ini dalam memajukan masyarakat kampung.

*p/s:- Harap maaf gambar tidak dapat disiarkan kerana terdapat masalah teknikal.