GEW mendapat liputan di Melaka Hari Ini pula. Berita ini telah keluar pada 29 November 2009 (Ahad). Di bawah adalah keratan berita aktiviti tersebut.
FAKTA PENTING :- i) 11 Aktiviti telah diadakan sepanjang minggu GEW (sepatutnya 13 aktiviti) ii) Tarikh aktiviti adalah 16-22 Nov 2009 iii) Bertempat di Balairaya Tanjung Kling iv) Usahasama dengan Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka v) Lawatan ke PID Kota, Negeri Sembilan - Pembuatan kuih Bahulu & Ikan Air Tawar
Hari ini 20 Nov 2009 adalah hari kemuncak aktiviti GEW PID Tanjung Kling. Aktiviti bermula dengan seminar mengenai udang galah yang diternak oleh usahawan PID Tanjung Kling. Seminar di sampaikan oleh En. Shiful Aswan bermula jamm 9.00pagi - 11.00 pagi. Selepas seminar diadakan, para usahawan akan dibawa melawat ke tapak penternakan udang galah dan perusahaan chalet. Gambar di bawah menunjukkan ketibaan para usahawan dari PID Kota, Negeri Sembilan seramai 15 orang. Ketibaan mereka disambut oleh Penolong Pengurus PID iaitu Puan Zamila Omar @ Mohammad beserta dengan usahawan KUSPID-TK seramai 15 orang.
Objektif:-
1. Lawatan Dari PID Kota, Negeri Sembilan ke PID Tg. Kling, Melaka
Mendedahkan peserta tentang perusahaan yang dilakukan oleh usahawan KUSPID-TK.
2. Seminar Udang Galah
Usahawan dari PID Tanjung Kling memberi penerangan tentang penternakan udang galah. Segala maklumat mengenai udang galah dikongsi dengan usahawan dari PID Kota dan PID Tanjung Kling.
3. Lawatan Ke Tapak Pembenihan Udang Galah
Mendedahkan peserta bagaimana cara menternak udang galah dan cara menjaganya. Juga mendapat maklumat bagaimana memulakan perusahaan ini.
4. Lawatan Ke Tapak Chalet Mendedahkan peserta bagaimana cara menguruskan chalet. Juga mendapat maklumat bagaimana memulakan perusahaan ini.
Seminar mengenai Penternakan Udang Galah oleh En. Shiful Aswan.
Lawatan ke tapak penternakan udang galah yang diusahakan oleh En. Shiful Aswan secara kecil dikawasan rumahnya. Ramai diantara usahawan berminat dengan penerangan En. Shiful Aswan.
Selepas melawat tapak penternakan udang galah, usahawan di bawa ke Lereh River Resort iaitu chalet yang diusahakan oleh usahawan PID Tg. Kling. Di sini dapat berkongsi pengalaman bagaimana mengendalikan chalet yang diusahakan oleh Pn. Hjh. Maimunah.
Selepas penat mengadakan lawatan, para peserta berehat sambil menikmati juadah tengahari di kawasan chalet Pn. hjh. Maimunah. Sambil makan, para usahawan bercerita mengenai pengalaman masing-masing.
Sebelum pulang, Penolong Pengurus PID Tanjung Kling menyampaikan cenderahati kepada peserta yang telah sudi menyertai minggu GEW ini. Di harap penyertaan pada masa akan datang lebih menggalakkan.
Penolong Pengurus PID Tg. Kling, Pn. Zamila Omar @ Mohammad menyampaikan cenderahati kepada Penolong Pengurus PID Kota, Puan Nor Azimah Mohd Yunus sebagai kenangan melawat PID kami.
Penolong Pengurus PID Tanjung Kling juga menerima cenderahati daripada PID Kota sebagai kenangan.
Hari ini adalah 19 Disember 2009. Aktiviti untuk hari ini ada empat iaitu melawat PID Kota dengan sesi berkenal mesra dan bertukar pendapat (sharing) dengan usahawan PID Kota, lawatan ke tapak penternakan ikan air tawar seperti siakap dan keli, lawatan ke tapak perusahaan bahulu dan tempeyek serta lawatan ke bengkel membuat kerisik. Gambar dibawah menunjukkan ketibaan para usahawan dari PID Tanjung Kling , Melaka pada jam 9.45 pagi dan jumlah peserta adalah seramai 15 orang ke PID Kota, Negeri Sembilan.
Objektif:-
1. Lawatan Ke PID Kota, Negeri Sembilan (Sharing)
Membawa usahawan ke PID Kota Negeri Sembilan untuk berkenal mesra dan berkongsi pendapat dan bertukar-tukar buah fikiran (sharing). Selain itu, aktiviti ini dapat membkina rangkaian niaga dan rangkaian sosial (network).
2. Lawatan Ke Tapak Penternakan Air Tawar (Keli&Siakap) - PID Kota
Mendedahkan peserta dengan cara kerja sebenar bagaimana menternak ikan air tawar. Selain itu, dapat berkongsi dan bertukar pendapat (sharing) tentang ilmu penternakan ikan air tawar. Pendedahan tentang memulakan penternakan juga dapat ditimba bersama.
3. Lawatan Ke Tapak Pembuatan Bahulu & Tempeyek - PID Kota Mendedahkan peserta dengan cara kerja sebenar tentang pembuatan kuih-kuih tradisional. Berkongsi pendapat serta (sharing) tentang ilmu pembuatan kuih tradisional ini dan mendapat tunjuk ajar bagaimana memulakan perniagaan ini.
4. Lawatan Ke Bengkel Kerisik - PID Tanjung Kling Selepas pulang dari PID Kota, Negeri Sembilan, Penolong Pengurus membawa peserta/usahawan dari PID Tanjung Kling sahaja untuk melawat bengkel kerisik. Di sini dapat di lihat bagaimana cara kerja sebenar cara membuat kerisik. Selain itu, juga dapat berkongsi pendapat (sharing) serta pengetahuan bagaimana memulakan perniagaan yang mudah ini.
Sesi berkenal mesra dan bertukar pendapat dimulakan. Dari jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 pagi.
Lawatan ke tapak penternakan ikan air tawar (siakap & keli). Terlalu banyak maklumat yang dapat dikongsi bersama peserta.
Selepas itu, kami dibawa ke tempat perusahaan bahulu dan tempeyek yang diusahakan oleh usahawan PID Kota, Negeri Sembilan. Sesi lawatan bermula jam 12.30 hingga 1.15 petang. Selepas makan tengahari, kami bertolak balik ke Melaka dan akan menyambung aktiviti melawat bengkel kerisik jam 3.00 petang.
Tepat jam 3.00 petang, lawatan ke bengkel perusahaan kerisik diadakan di rumah usahawan PID Tanjung Kling iaitu Pn. Norazidah. Beliau menerangkan bagaimana bermulanya cara membuat kerisik sehinggalah ke pembungkusan dan pemasaran. Sedikit maklumat yang diberikan memberi semangat kepada usahawan yang baru menjejakkan kaki ke dunia usahawan. Perusahaan yang dijalankan adalah secara kecil-kecilan. Peserta yang hadir hanyalah terdiri daripada usahawan PID Tanjung Kling seramai 15 orang. Kami bersurai jam 4.30 petang.