Bengkel Google & E-Banking - 18 November 2009

Hari ini adalah hari ketiga KUSPID-TK melaksanakan bengkel yang bertemakan keusahawanan. Bengkel hari ini adalah Google dan E-Banking telah diadakan dengan suasana yang cukup meriah kerana mendapat sokongan dari peserta. Peserta yang hadir adalah seramai 19 orang.

Objektif:-


1. Bengkel Google

Mendedahkan peserta dengan perkhidmatan yang disediakan oleh google seperti email, chatting, enjin carian dll.

2. Bengkel E-Banking

Mendedahkan peserta bagaimana melakukan transaksi secara atas talian seperti pemindahan duit, melakukan semakan baki, pembelian dan pembayaran secara atas talian dll.





Selepas bengkel tamat, para peserta akan diberikan sijil yang dikeluarkan oleh Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Gambar di bawah adalah penyampaian sijil kepada peserta. Sijil disampaikan olen Pn. Zamila Omar @ Mohammad, Penolong Pengurus PID Tanjung Kling.










Gambar kenangan diambil bersama peserta yang menyertai minggu GEW ini. Diharap Penyertaan tahun hadapan lebih menggalakkan lagi.


Blog Facebook & Seminar Dari Usahawan Yang Berjaya (Kerja Dari Rumah)

GEW telah menjengah hari ke-2 (17 Nov 2009). Bengkel yang dilaksanakan hari ini adalah Facebook dan seminar perkongsian pengalaman dari usahawan yang berjaya (kerja dari rumah) juga telah tamat dengan jayanya dengan jumlah peserta yang hadir adalah seramai 20 orang.

Objektif :-

1. Bengkel Facebook

Mendedahkan para peserta bagaimana cara untuk menjalinkan rangkaian secara atas talian. Tujuannya adalah untuk berkongsi pendapat dan banyak lag.

2. Seminar Dari Usahawan Yang Berjaya (Kerja dari rumah)

Berkongsi pengalaman bersama peserta bagaimana menjana pendapatan dari rumah menggunakan talian internet. Seperti usahawan ini, beliau mengusahakan perniagaan Pure Gold 99.99%.







Bengkel Blog & Google - 16 November 2009

Minggu Keusahawanan Global (Global Entrepreneurship Week-GEW) tiba lagi. Untuk tahun ini sambutan bagi Minggu GEW adalah sederhana sahaja memandangkan tahun lepas Pelancaran Kelab Usahawan Tanjung Kling dan Pusat Interenet Desa (PID) Tanjung Kling telah diadakan pada 22 November 2008 diadakan dengan meriah sekali. Namun begitu, PID Tanjung Kling telah mengadakan usahasama dengan Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka bagi menjayakan minggu GEW ini. Untuk hari ini, aktiviti hari pertama ialah Bengkel Blog dan Bengkel Google telah diadakan. Bengkel ini diadakan di Balairaya Tanjung Kling pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang selama tiga hari. Jumlah kehadiran peserta adalah seramai 17 orang. Kebanyakan peserta adalah daripada usahawan dan komuniti Tanjung Kling. Di bawah adalah gambar-gambar aktiviti kuspid-tk pada 16 November 2009.

Objektif:-

1. Bengkel Blog

Mendedahkan peserta bagaimana cara untuk membina blog. Tujuannya adalah untuk membuat promosi secara atas talian dan mendekatkan diri dengan teknologi ICT.


2. Bengkel Google

Mendedahkan peserta dengan perkhidmatan yang disediakan oleh google seperti email, chatting, enjin carian dll.












Latihan e-Services Untuk Komuniti Fasa Ke-3

Syukur Alhamdulillah kerana latihan e-servis fasa ke-3 telah selesai diadakan selama 6 hari yang bermula 1,2 & 4 Jun 2009. Kemudian disambung untuk minggu seterusnya pada 8,9 & 11 Jun 2009. Komitmen yang diberikan oleh pelatih sangat di hargai dan mereka sangat teruja dengan latihan ini. Pihak Pengurusan PID menyampaikan cenderahati kepada semua pelatih bagi menghargai segala komitmen dan kerjasama yang diberikan terhadap KUSPID-TK. Di bawah adalah gambar sepanjang kursus ini berlangsung untuk dikongsi bersama..